Saturday 28 July 2012

Hanya kata-kata...


Hmm...disebabkan kedegilanku sendiri saya diuji...hmm..tidak mengapa saya redha...sebab setiap orang akan diuji dengan pelbagai-bagai dugaan...kita hanya perlu berserah segala ketentuan.... Kita merancang sesuatu tetapi Allah yang akan menentukan segalanya.... Saya hanya manusia yang lemah yang hanya berserah segalanya kepada ketentuan Ilahi.... 

Saya redha.... Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....

Setiap Cover Yang Ku Reka Ada Makna Disebaliknya...



Hanya cubaan sahaja ^_^


Akan ku simpan kenangan ku bersamamu.....



Insya'Allah.... Jika ada jodoh...
Maafkan saya kalau awak terluka...



Awak dah curi hati saya...




Perkenalan yang pertama...



Penuh dugaan hidup ini...



Special just for you...




Aku akan menanti kamu...



Hmm...awak jangan terasa yee...



Allah menitipkan cinta untukku...




Jangan risau saya hargainya...



Aku sudah tersiksa begini...jangan siksa aku lagi...



Jalinan ukhwah antara kita...


Akan menantimu...



Cinta oh Cinta...


karya adik Nur Hana... <3


Akan ku nanti saat itu...



Adakah kau tahu aku yang kau selalu sakiti itu...?
Sedarkah kau...?



Untukmu selalu...



Maafkan aku...

Terima kaish atas segala-galanya.... <3

Tuesday 14 February 2012

Assalamualaikum.....

        Saye berasal dari Negeri Sembilan....and stay with my family.....saye still blaja agi....saye suke membace....like novel and cerpen....same ade online @ buku....saye x kisah....klau boleh saye nak jadi sorg penulis disamping kerje tetap saye laa.....

         Saye suke berkwan ngan org x kisah la laki ke prempuan saye x kisah.....yg penting dorg baik....
Sayae jugak suke tentang komputer....tu adelah salah satu minat saye laa.....saye gak suke animasi kartun....sebab ianye ade byk menggunekan warna....ton-ton warne yg byk d'gunekan.....tu mmg bole menarik minat saye laa.....tentang komputer ni....

Wednesday 9 November 2011

Perkongsian Perasaan

          Hariku rasa kosong apabila tiada siapa yang ambil peduli tentang diriku. Tiada siapa yang mahu mendekatiku. Jahat sangatkah aku ni atau terlalu baik sangatkah aku ni sampaikan tiada siapa yang mahu mendekatiku dengan sebab kalau mereka sakitkan hati aku mereka akan merasakan terlalu bersalah terhadap diriku.
          Adakah itu yang mereka maksudkan atau sebaliknya? Tapi aku tetap bersyukur kerana masih ada yang mahu mendekatiku dan berkawan denganku walaupun bukan kawan sebagai kawan baik. Aku sentiasa akan menghargai dan akan sentiasa berterima kasih kepada yang sudi berkawan dan menjadi sahabatku....

Tuesday 8 November 2011

Luahan Hati Seorang Wanita

                     Mengapa kau pergi sedangkan aku sudah berada di sisimu???? Adakah aku ada buat kesalahan yang besar dalam dirimu sampaikan kau tinggalkan aku tanpa khabar berita darimu. Hatiku luruh apabila kau kata yang kau tinggalkan aku sedangkan kau janji yang kau akan jaga hati dan perasaanku. Mana janji yang engkau mahu kotakan untukku? Dimana?
                     Lama aku tunggu sehinggakan aku sudah hampir berputus asa dengan apa yang kau katakan tak lama dulu. Saat aku mahu meniggalkan kau, mengapa kau baru hadir dalam diriku? Mengapa? Adakah kau hadir hanya untuk sakitkan hatiku lagi? Adakah itu yang kau maksudkan? Tapi mengapa aku rasa aku mahu maafkan dia sedangkan tak lama dulu dia pernah hadir dalam diriku dan sakitkan hatiku?
                     Dia terangkan satu persatu tentang apa yang dia telah lakukan kepada diriku, hatiku dan perasaanku. Dia tak berniat untuk sakitkan hatiku. Dia pergi kerana terpaksa. Dia juga telah meminta maaf kepadaku atas apa yang dia telah lakukan. Dia pun telah berjanji yang dia akan menjaga aku dan tak akan sakitkan hatiku lagi. Jadi adakah aku perlu maafkan dia? Kerna aku tahu jika aku tak maafkan dia apa yang aku dapat?
                      Adakah aku gembira sebab dah dapat sakitkan hati dia? Tapi sebaliknya, aku rasakan yang aku ni terlalu ego, aku rasa sedih. Jadi aku membuat keputusan untuk maafkan sahaja dia dan terima dia dalam hidupku....