Wednesday 9 November 2011

Perkongsian Perasaan

          Hariku rasa kosong apabila tiada siapa yang ambil peduli tentang diriku. Tiada siapa yang mahu mendekatiku. Jahat sangatkah aku ni atau terlalu baik sangatkah aku ni sampaikan tiada siapa yang mahu mendekatiku dengan sebab kalau mereka sakitkan hati aku mereka akan merasakan terlalu bersalah terhadap diriku.
          Adakah itu yang mereka maksudkan atau sebaliknya? Tapi aku tetap bersyukur kerana masih ada yang mahu mendekatiku dan berkawan denganku walaupun bukan kawan sebagai kawan baik. Aku sentiasa akan menghargai dan akan sentiasa berterima kasih kepada yang sudi berkawan dan menjadi sahabatku....

Tuesday 8 November 2011

Luahan Hati Seorang Wanita

                     Mengapa kau pergi sedangkan aku sudah berada di sisimu???? Adakah aku ada buat kesalahan yang besar dalam dirimu sampaikan kau tinggalkan aku tanpa khabar berita darimu. Hatiku luruh apabila kau kata yang kau tinggalkan aku sedangkan kau janji yang kau akan jaga hati dan perasaanku. Mana janji yang engkau mahu kotakan untukku? Dimana?
                     Lama aku tunggu sehinggakan aku sudah hampir berputus asa dengan apa yang kau katakan tak lama dulu. Saat aku mahu meniggalkan kau, mengapa kau baru hadir dalam diriku? Mengapa? Adakah kau hadir hanya untuk sakitkan hatiku lagi? Adakah itu yang kau maksudkan? Tapi mengapa aku rasa aku mahu maafkan dia sedangkan tak lama dulu dia pernah hadir dalam diriku dan sakitkan hatiku?
                     Dia terangkan satu persatu tentang apa yang dia telah lakukan kepada diriku, hatiku dan perasaanku. Dia tak berniat untuk sakitkan hatiku. Dia pergi kerana terpaksa. Dia juga telah meminta maaf kepadaku atas apa yang dia telah lakukan. Dia pun telah berjanji yang dia akan menjaga aku dan tak akan sakitkan hatiku lagi. Jadi adakah aku perlu maafkan dia? Kerna aku tahu jika aku tak maafkan dia apa yang aku dapat?
                      Adakah aku gembira sebab dah dapat sakitkan hati dia? Tapi sebaliknya, aku rasakan yang aku ni terlalu ego, aku rasa sedih. Jadi aku membuat keputusan untuk maafkan sahaja dia dan terima dia dalam hidupku....